

Dengan barisan kepimpinan KPA yang lebih mantap dan dengan perancangan yang lebih tersusun; akhirnya masa yang dinanti-nantikan untuk menyuntik semangat baru ke dalam jiwa setiap pengedar di dalam zon tadbiran KPA dapat juga diadakan dengan jayanya.Majlis telah diserikan lagi dengan kehadiran Pengurus Besar Al Wahida Marketing Sdn. Bhd.; Encik Mohammad Faisol bin Abdul Rahman yang disambut oleh Presiden KPA iaitu PJS PJM Hafidzan Faudzi dan barisan kepimpinan KPAMajlis "Malam Motivasi HPA" telah dipengerusikan oleh PJS PJM Rosmandi Ishak. Setelah membuka majlis dan beberapa kata-kata perangsang; beliau telah menjemput Presiden KPA PJS PJM Hafidzan Faudzi untuk menyampaikan kata-kata aluannya.
PJS PJM Siti Habibah Yusof kemudianya telah dijemput untuk berkongsi pengalaman beliau dalam mengharungi liku-liku kepayahan dan kesusahan dalam usaha untuk menempa kejayaan yang beliau kecapi sekarang ini. Dalam ucapannya, beliau tidak lupa untuk menyatakan rasa terima kasihnya kepada PJS PJM Murad Abu Bakar; penaja dan mentor beliau yang turut hadir sama dalam majlis yang sangat bermakna ini.
Tahniah diucapkan kepada semua pemimpin yang telah menggempur kehadiran rakaniaga mereka ke majlis "Malam Motivasi HPA" yang sangat gemilang ini. Bukan sahaja kehadiran peserta dari Lembah Kelang sahaja, malah pemimpin dari negara Hang Tuah juga turut serta bersama rangkaian mereka. Malah pemimpin dari Tangkak, Johor juga turut bersama memeriahkan lagi majlis ini.
Akhir sekali Pengurus Besar Al-Wahida Marketing Sdn. Bhd.; Encik Mohammad Faisol telah dijemput untuk menyampaikan motivasinya yang panjang lebar dengan memberikan penekanan betapa pentingnya setiap pengedar HPA yang berada di Lembah Kelang sebagai tuan rumah KONVEK yang akan diadakan pada 25 Julai, 2009 yang akan datang ini untuk hadir beramai-ramai. Kejayaan KONVEK menggambarkan satu lambang kejayaan kepada umat Islam yang selama ini telah berusaha dan berjuang untuk mengenengahkan produk halal lagi toyyib.
Tuan Pengurus Besar juga telah bersetuju untuk merasmikan laman web KPA yang baru iaitu http://kpa2u.com/ yang lebih menarik menggantikan blog lama http://kpa2u.wordpress.com/ . Semuga dengan adanya laman web KPA yang baru ini akan dapat memberikan maklumat dan manfaat kepada pemimpin dan pengedar di dalam tadbiran KPA khasnya dan pengunjung-pengunjung yang lain amnya.
Agenda terakhir dalam majlis ini adalah sessi 'latihan penyampaian anugerah kepada PJ' yang akan menaiki pentas semasa KONVEK nanti. Prof Madya Dr. Ishak Sulaiman selaku salah seorang ahli panel syariah HPA telah menutup majlis "Malam Motivasi HPA" ini dengan bacaan doa dan diaminkan oleh para hadirin.
Majlis yang gilang gemilang ini tidak akan lengkap sekiranya tidak dirakamkan dalam bentuk gambar atau video. Apatah lagi untuk bergambar dengan pemimpin-pemimpin yang selalu sibuk dengan tugasan yang semakin mencabar bukanlah senang. Di bawah ini disemadikan beberapa saat-saat yang akan menjadi kenangan abadi yang manis kepada beberapa pemimpin dan pengedar yang ingin mendapatkan 'aura' dari mentor mereka.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan